skbf2.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN BRICKFIELDS 2
JALAN SULTAN ABDUL SAMAD, 50470 KUALA LUMPUR
Tel : 03-22741331, Faks : 03-22741334
e-mel : skbf2_2006 @yahoo.com.my
| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH SEKOLAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | DOA SEKOLAH | FALSAFAH SEKOLAH | VISI & MISI | LOGO SEKOLAH | MURID CEMERLANG SEKOLAH GEMILANG | PANORAMA | PENTADBIRAN | STAF SOKONGAN | GURU-GURU SKBF2 | PENGUBAH LAMAN |

          

                    Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak Zoom-a.com  yang telah menyediakan laman web dan peluang bagi saya untuk mengubah laman web yang sedia ada menjadi satu laman web sekolah ini.

                  Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada En.Ong Keng Cheong, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Brickfields 2 yang telah memberikan peluang yang sangat berharga bagi diri saya untuk mengubah laman web yang tidak seberapa ini.

                 Ucapan penghargaan juga saya tujukan kepada semua guru/rakan seperjuangan di SK. Brickfields 2 yang banyak membantu saya dalam pengumpulan dan penghasilan data yang diperlukan di dalam laman web ini.

                 Segala usaha dan bantuan yang diberikan amat saya hargai.Semoga segala bantuan yang kalian berikan hanya Allah sahaja yang akan membalasnya. Insyallah...

                 Terima kasih dan sayang juga saya tujukan khas kepada isteri yang dicintai Nor Lela bt Mahat dan anak-anak kesayangan saya Muhammad Husaini dan Muhammad Safiy yang amat memahami keadaan saya sewaktu mengubah laman web ini. Pengorbanan mereka amat saya sanjungi. Salam penghargaan juga saya kirimkan buat ayahanda yang dihormati Zainal bin Buang dan bonda yang disayangi Norliah bt Jabbar, kasih sayang kalian sentiasa berkekalan abadi di hati ini.

               Akhir kata semoga maklumat yang terkandung di dalam laman web ini dapatlah kita sama-sama manafaatkan dan segala kebenaran datang daripada-Nya dan kesilapan serta khilaf hanya daripada saya sebagai umat manusia biasa.              

Sekian. Wassalam.

Yang Ikhlas,

En.Mohd.Fadzillah bin Zainal

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

SK. Brickfields 2, Kuala Lumpur.


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: